Sunday, February 13, 2011

PANTUN JENAKA

Baru semalam menonton raja lawak. Memang kelakar amat melihat telatah Zizan dan Johan cuba berpantun. Pantun kelakar.. so tak kisahlah kan. Spontan pula.


Memang setiap kali pertandingan akhir Pesta Pantun Antara Kementerian, DBP meletakkan tema Pantun jenaka sebagai salah satu tema pantun untuk dijual dan dibeli. Sepanjang 4 tahun berada di pentas akhir ..(wah!). Saya rasakan berpantun kelakar bersama RTM adalah masa yang paling ..hmm.. saya rasa happening sangat. Sebab masing-masing sudah lama berpantun (kami semua pemantun sekolah ..hahahha..termasuk pemantun RTM) jadi berpantun itu terasa relax sgt dan tidak stres. So hasilnya pertemuan akhir kami amat menghiburkan.. (Yakah ..hahahahha). Kat atas pentas pun kami boleh usik mengusik dalam pantun. Itu mungkin yang dihasratkan oleh DBP.

Pantun jenaka mengetepikan semua unsur logik. Jadi keluarlah pembayang dan maksud yang ntah apa2 ntah.. Asalkan masih mengikut peraturan pantun ab-ab. Cuma pantun kelakar pun ada jenis yang baik dan tidak. Kami (pasukan KPM) dilarang menggunakan pantun yang menyentuh mengenai janda atau pantun-pantun mengenai kehidupan suami isteri. Sensitip! Manalah tau pengadil tu janda kan.. so terasa hati dia. Manalah tau ..abislah markah.

Teringat pantun En. Kamarul semasa pertandingan akhir pantun 2006 :


Sungguh tengik getah sekerap;
Samalah bau si pengantin baru;
Suami isteri sama berkurap;
Yang mana dulu nak tolong garu;

Pantun ini dijawab dengan begitu baik sekali oleh pihak RTM sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton. Atau boleh juga pantun Hadzry semasa peringkat akhir 2007 :

Gajah mampus dalam perigi;
Terkejut rusa tidak menentu;
Sudahlah kursus meleding lagi;
Apa rahsia jadi begitu;

Kebiasaannya kami akan memerah otak pada malam sebelum bertanding. Untuk pantun Hadzry ni kami berguling2 gelak membacakan pembayang pantun. Walaupun kelihatan mudah, tetapi menghasilkan pantun jenaka adalah amat sukar. Pantun jenaka mestilah mampu membuatkan orang ketawa atau sekurang-kurangnya tersengih la kan..hehehe.


Biasanya apa yang kami buat. Kami ciptakan beberapa pantun jenaka dan jualkan semula kepada "coach" kami..hehehe. Kalaulah dia tergelak maksudnya pantun tersebut sudah boleh dikira jenaka. Lebih kuat beliau itu tergelak maka lebih jenaka lah ia...:P

Kami pernah buat eksperimentasi dengan cuba berpelat orang putih semasa menyampaikan pantun ini dan ianya berjaya:

Dahulu petai kau kunyah-kunyah;
Sambal belacan kau jilat-jilat;

Duduk London engkau berubah;

Sampai hati tempe tak ingat;


Bila menjawab pantun jenaka, saya paling suka part membuat pembayang. Amat mudah kerana tidak perlu memikirkan logik pantun.


Sesungguhnya idea pantun jenaka patut dimulakan sejak Pesta Pantun Antara Sekolah. Kemahiran yang kita nak lihat kepada pemantun adalah bagaimana dia mampu menghiburkan penonton dengan jawapannya.


Pantun2 dipetik daripada buku "Dalam Pantun Ada Makna" Terbitan DBP.

{Bunga cempaka pagi berembun, Dipetik orang di luar kota; Suka saya hendak berpantun, rasa terubat hati yang luka}

Kredit untuk En. Kamarul di atas gambar-gambar di atas. ..:)

9 comments:

hairieusoff said...

oh..pantun2 telah dibukukan ye..hebat...

cT zAiLeHa said...

en kamarul. pantun2 semua dah dibukukan sehingga 2008 ..hehehe

fadillah said...

kagum sampai skang bab2 pantun ni..sbb sendiri pn mmg tak pandai..hhhaha

cT zAiLeHa said...

Mcjah.Ini pun training juga..klu tak training mmg tak dapat. Pastu jurulatih pun mainkan peranan..kena jurulatih yg bagus, baru kita boleh dapat pantun yg bagus juga ..:P

=sz= said...

bestnyaa pantun jenaka ni ...
sukaaaa ...ehehe

as a.k.a axa87 said...

hebat2.. masih aktif ke zai. bila lah kite boleh berjual beli ye zai.. teringat 13 tahun yang lalu...huhuhuhuh..

cT zAiLeHa said...

Sue:mmg best ... tapi nk buat tu pun susah jugak ..:P

cT zAiLeHa said...

Kak As: aah la ingt2 lupa masa kita bertanding dulu..:P..tapi UKM masa tu hebat, tak sama macam kami..hehehhe. Saya last bertanding 2009. Maybe dah kena pencen. Jadi jurulatih pulak lah ..hahahha

Anonymous said...

wah bestnye, saya nak msuk pesta pantun sekolah minggu depan. harap dapat menjadi sehebat senior2 semua:)