Tuesday, April 26, 2011

NADA SEMASA BERPANTUN

Dahulu kala (saya katakan dahulu kala sbb sudah lebih 15 tahun) ketika mula-mula terjun ke dunia pantun ni, kami mengasah suara dengan menyanyi. Kelakar pun ada kalau dingat-ingat. Nada berpantun tidak sama seperti orang bersajak. Bersajak agak keras dan penuh perasaan. Berpantun sarat dengan makna tersirat dengan suara yang lembut dan memikat (memikatkah?...hahaha)

Ketika bertanding antara Kementerian, DBP menetapkan lenggok berpantun adalah sebagaimana Nordin Ahmad di dalam filem Seri Mersing. Pernah dengar?

Kajang Pak Malau, Kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang saya musafir lalu;

Tidak lembut dan tidak keras. Penuh makna dan semestinya sedap didengar.

Selalunya untuk mendapatkan "feel" semasa menjual pantun, seeloknya hafal pantun tersebut. Bacakan berulang kali sehingga kita betul2 faham makna disebaliknya. Suara memainkan peranan sama ada akan sampai maksud kita atau sebaliknya. Gaya suara juga boleh membuatkan lawan gerun ...hehehehhe...



Selamat berpantun..:P

2 komentar...TQ!:

Siti Lyana said...

selain dari nada, lenggok bahasa badan juga boleh membantu menambah pesoan sekaligus menggegarkan jantung lawan... hehehhe

cT zAiLeHa said...

hahahha ..itu betul ..:P