Wednesday, June 8, 2011

Setahun di Teras Jernang

Bulan Jun ni genap setahun menjadi penduduk tetap Teras Jernang. Diam tak diam dah setahun timah oi mak duduk sini....hahahahaha..


Alhamdulillah, setakat ini jiran2 semua baik2 belaka. Ada jugak kes raya hari tu yg terasa smpi sekarang ... makan dalam nih... tapi buat bodoh je lah. Biasala kalau dah nama berjiran kan. Tapi sangat sedih sebab jiran sebelah rumah Kak Ain dah berpindah ikut husband dia.huhuhu.. hilang sorang jiran tempat meminjam beras, gula, garam .. kadang2 pinjam mop, penyapu pun ada ..huhuhu..sedey2... Kak Ain ni dah jadi housemate sejak 2004, 2010 berjiran ..sekarang berpisah pula. Jiran sebelah lagi Kak Hasnah yang baik hati. Alhamdulillah, lega sangat sebab jiran2 semua baik2 belaka.
Kredit untuk laman web ini

Ada juga berlaku pecah rumah tapi biasa "pemecah rumah" ni suka pecahkan umah2 corner lot, end lot dan rumah2 kat row belakang sekali. Macam rumah kita ni xde apa yang nak diambik ..hahahaha...mcm org bujang masuk umah lah gamaknya. Tapi still kena berjaga2. Ada juga ditubuhkan persatuan penduduk. Tapi tak penah pegi sbb selalunya yang datang org laki. Hmmm .. bila Tuan Rumah ada nanti baru join the club ..hahahahaha... Umah sekarang pun masih kosong lagi. Kalau cakap tu melantun2 macam dalam gua ...

Lepas ni harap2 dapat kenal lagi ramai jiran2...susah kalau tak kenal jiran. Tunggulah tuan rumah ada nanti baru buat open house ..hehehhe..selama masuk tak penah buat open house..apa raaa..

Moga2 sentiasa lapang dada dan bersenang hati tinggal di sini ... InsyaAllah.

4 komentar...TQ!:

Me, Hubby and Kids said...

http://denaihati.com/5-blog-paling-kerap-dilawati-oleh-101-blogger

salam zai..ada masa awak join le contest ni yea !

fadillah said...

ala...nnti ada la Tuan Rumah tu...hihihih....zai, kak ain pindah mana?

cT zAiLeHa said...

raghdah..insyaAllah klu ada masa sy masuk..hehehe

Mcjah:hahahhha..Amin... k ain ddk banting

Siti Lyana said...

oh tuan rumah... sudah lama cik Zai mencari, baru sekarang tuan rumah muncul...