Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN

Ramadhan datang lagi. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keinsafan kepada kita. Syukur masih diberi peluang menyambut Ramadhan pada tahun ini. Salam Ramadhan untuk semua rakan-rakan, dan mohon maaf andai terdapat perkara yang menyinggung perasaan dalam entri2 saya.

**************************************************************

Perkara-perkarasunat diamalkan di dalam Bulan Ramadhan (dipetik dari sini)

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.

2) Makan sahur walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas drpd tengah malam & sblm waktu imsak.

4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.

5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

6) Memperbanyakkan sedekah.

7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.

8 ) Menghadiri majlis-majlis ilmu.

9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

10) Jangan bersugi (berus gigi) setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.


*********************************************


Selamat Berpuasa !

0 komentar...TQ!: